Saturday, July 03, 2010

MATHEMATICS

subjek yang sungguh mencabar .
membuatkan diri ini..

sakit kepala , sakit mata , sakit badan ,
menangis , stress , hilang ingatan ..
...
malah, boleh jadi gila -,-" [ diri ini masih waras...alhamdulillah]

Ia juga membuatkan kad laporanku menjadi ' tidak sedap mata memandang ' buat pertama kalinya pada 4 tahun yang lalu .  Nasib diri ini agak baik kerana pisang tidak berbuah dua kali . Tetapi , result diri ini agak tidak memuaskan hati . Umi & Abi pula bila tanya result, mesti tanya Math dulu . kenapa otak diri ini tidak dapat menerima math ? diri ini sehingga menjadi muak apabila orang sebut-sebut pasal math . Lagi-lagi bila orang tanya result math ... diri ini akan buat-buat tak dengar jerr . *kejam kann? -,-* mulut amat berat untuk memberitahu~ heish..


Mulai penggal ke-2 ni , diri ini berazam ingin mula balik dari subjek f1 ... bereskan betul-betul . Tahun depan dahh f3 .. tak sampai pun setahun lagi .. tak nak kelam-kabut nanti . Diri ini akan teruskan perjuangan untuk meminati MATHEMATICS .. walaupun sebenarnya diri ini dahh hilang semangat . Belum pulih lagi . Kata-kata cgu masih terngiang-ngiang di telinga . -___-.


Bagi diri ini , Mathematics = Kehidupan .Orang yang pandai selesaikan masalah dalam hidup dia biasanya pandai math .  Dia akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian masalahnya . Lain pula dengan diri ini yang suka melarikan diri dari masalah ..... sebab itulah susah nak faham math . Setuju tak ?

No comments: