sempena Minggu Hari Kmerdekaan (kot) , perlawanan debat telah diadakan . setiap kelas harus menhgantar wakil . tak sangka , ramai org berminat nak masuk .. ~ mereka amat berani .
Debat ?
apa kaitan diri ini dengan DEBAT ? tak ada kaitan punn . langsung tak ada .
cuma nak kata , kenapa ramai orang tanya diri ini masuk debat ke tidak ? bukankah mereka tahu yang diri ini pemalu ? walaupun mungkin tahun ni ada perubahan sikit ..
Diri ini pernah berdebat . itu pun sebab terpaksa . darjah 6 dulu . diri ini menjadi ketua pembangkang . masa tu tak tahu apa-apa . dan pihak kerajaan punya hujah punyelahh .... o.o . diri ini tak faham langsung . kami pula tak bersedia waktu tu + tak ada isi pun . tiba giliran diri ini , mula-mula cakap pendahuluan .. then ... .[ . . . ] blank . sunyi sepi . semua orang pandang . macam-macam perasaan . menggeletar . hanya Allah sahaja yang tahu perasaan diri ini pada waktu itu . Tebal muka .[-////-] . selepas kejadian itu diri ini bertekad tak nak berdebat lagi . dan mula tak suka debat .
Tapi tahun ni , mula tertarik . maklumlah, naqibah usrah pendebat sekolah . dapatlah tahu serba sedikit hidup seorang pendebat . Untuk menyokong , diri ini pergi tengok debat real punya buat pertama kalinya secara live . memang best . rasa mcm nk join . ..
Tetapi, apakan daya , diri ini , setakat nak berdiri depan orang ramai pun dah naik tebal muka . menggigil . apatah lagi kalau bercakap dengan lelaki . boleh pengsan kot . (yeke ? ) apa-apa ajelahh .
Berhentilah mengsyorkan diri ini masuk debat . Diri ini tidak mempunyai keberanian di hadapan orang ramai . ok ?
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 25, 2010
3R & harapan mereka .
Beberapa hari lepas , join 3R ( Remaja Raikan Ramadhan ) . Iktikaf kt Masjid Asy-Syakirin KLCC .
Datang lewat sebab ada sekolah ganti -- datang - datang terus tgk 'Laskar Pelangi' .mula-mula blurr .. (terus tengok bhgn tgh mmglaa) . lastlast agak faham laa -- lepas tu tadarus .. kami (A Y B ) tak ada arah tuju . tak ada kumpulan . kak fasi suruh masuk mana-mana kump . terpaksa berpisah . huhu . -- B masuk satu group ni . B rasa macam orang asing . sebab mereka satu geng . + rasa tak selesa dengan gaya mereka . bukan apa, selama ini B tak pernah berpeluang bergaul dengan orang macam mereka . B rasa takut . tak tahu kenapa .
( B: pengalaman kali kedua diahalau -,-) tak boleh buat interview .
-- malam , lepas tarawih , ada taklimat sikit+sketsa+ dapat roti boy ! (mexican bun) yummyumm~ . -- tidur dengan selesa -- bangun pkl 5 utk sahur . lewat . tak sempat berqiyam . huhu . -- port AYB tidur bersebelahn dengan port Izz & ibunya .. geram dengan budak tu ! comell ! X3 (kami sepakat utk menculiknya ..hoho)
-- pagi , ada game 'Botol Bocor' . bergerak dalam kump . Dapat jugak B berjasa utk gorup . hmpr kesemua jwpn B betul . akan tetapi , tetap ada bocor . menyesal tak belajar betul-betul waktu PI & TAS . soalan yg diberiakn senang sebenarnya . cuma menguji keyakinan . -- tadarus lagi sekali , B terkilan . kakak fasi itu memberitahu bhwa B junior kak fasi lg satu . sekolah SMIAAG . reaksi mereka , membuat B nervous . B di suruh menerangkan tentang surah yang dibaca itu . Terkilan . wktu itu tgh blurr . B tak tahu nak buat apa . selama ini hanya mendengar org menerangkan dlm usrah . kebetulan, ayt itu susah utk difahami . tak tahu nak buat apa . mereka mengharapkan B . menyerah kalah . -,-
---------------------------------------------------------------------------
diri ini sedar , selama ini , diri ini hanya berada di dalam , di kalangan orang-orang yang dijaga . diri ini tidak memndang di luar . di luar sana , ada bermacam jenis manusia . diri ini semakin takut utk memandang ke luar . apa tah lagi , satu saat nanti , diri ini akan keluar juga . rela atau tidak . bila dah keluar nanti , mereka di luar sana akan mengharapkan kita . tapi , kalau ilmu tak cukup , macam mana ? buat malu je , kalau sekolah smi , tapi tak ada beza dengan sekolah biasa . bahkan , kalau mereka lebih baik drpd kita . hancur harapan mereka . diri ini tidak mahu perkara itu terjadi . diri ini tidak mahu menyesal di kemudian hari . Diri ini perlu belajar betul-betul !
"Keluarlah dari kepompongmu ... ada banyak lagi cabaran di luar sana . Mereka memerlukan kita ! "
* diri ini ANTI-social .. nak buat macam mana ...
Wednesday, August 11, 2010
ahlanwasahlan ya Ramadhan
Setelah sekian lama menanti , akhirnya , dapat bertemu jua ... ku merinduimu ya Ramadhan !
Ramadhan kali ini ,banyak planning yang telah dibuat dan akan dilaksanakan .
diri ini bertekad untuk melupakan benda tu sedikit demi sedikit . Alhamdulillah , masih dalam proses,dah nampak perubahan ^^ harap-harap dapat lupa sepenuhnya walaupun ia agak sukar . Diri ini dapat merasakan Ramadhan kali ini berbeza dengan yang sebelumnya . Moga ianya penuh makna dan rahmat ..
Salam Ramadhan buat semua :)
Al-Quran ku hilang ! Hati rasa tidak tenteram .. hampir menitiskan air mata ..Ya Allah, barulah ku sedar betapa pentingnya Al-Quran . Selama ini diri ini tidak begitu menghargainya walupun sentiasa bawa kemana-mana . kerana selama ini diri ini membawa dengan tangan , bukan dengan hati . Benarlah kata orang , ada hikmah disebalik musibah . Harap-harap dapat jumpa esok ...
Subscribe to:
Posts (Atom)